Friday, October 24, 2008

Teori Reka Bentuk Interaksi

Seperti yang telah aku tulis dahulu, teori ini telah dikemukakan oleh Coiera (2002). Beliau telah menerbitkan satu artikel bertajuk Interaction Design Theory di dalam International Journal of Medical Informatics. Setelah membaca artikel ini, baru aku faham bahawa beliau menekankan tentang beban kognitif (cognitive load) dan menganggap manusia dan komputer sebagai agen-agen berteknologi.
Teori ini mengaitkan beberapa perkara atau elemen iaitu:
i. Kapasiti saluran yang diperlukan (Requisite Channel Capacity, C )
ii. Mesej (m)
iii. Masa (t)
iv. Purata Pengetahuan Asas yang dikongsi (Ground knowledge, GE)
Dengan ini kita dapat membuat suatu perkaitan dalam konteks interaksi. Katakan agen a dan b hendak membuat interaksi, maka kapasiti saluran yang diperlukan dapat ditulis sebagai
Creq = (m/t)GE
Untuk membolehkan interaksi ini berjaya, Coiera (2003) menekankan bahawa wujud suatu ambang (threshold) iaitu kapasiti saluran yang diperlukan mestilah sentiasa kurang (atau sama) dengan kapasiti saluran yang tersedia ada pada agen. Ini dapat ditulis sebagai
Creq < = Cavail
Kapasiti saluran yang tersedia ini merupakan sumber tumpuan atau minda yang ada dalam setiap manusia. Dalam bahasa mudahnya, kita dapat bayangkan bahawa jika seorang penguna hendak berinteraksi dengan suatu perisian, mindanya haruslah tidak disumbat dengan pelbagai maklumat. Misalnya terlalu banyak gajet atau butang yang harus ditekan, teks yang terlalu banyak, dan menu yang tiada makna. Ini akan membebankan, merisaukan, merimaskan dan kesannya, si pengguna akan rasa tidak mahu menggunakan perisian berkenaan.

Jadi sekarang aku sudah yakin, bahawa teori ini sangat relevan dengan penyelidikan aku! Terima kasih kepada penyelia aku yang membuka jalan ini.
Rujukan:

Coiera, E. (2002). Interaction design theory. International Journal of Medical Informatics, muka surat 1-18.

No comments: