Saturday, October 18, 2008

Apakah itu Kejuruteraan Afektif?

Kejuruteraan afektif ialah kajian untuk mengetahui keperluan subjektif dan emosi pengguna. Maklumat berkenaan kedua-dua aspek itu digunakan dalam proses reka bentuk sesuatu produk yang diinginkan. Pengetahuan yang diperolehi dari kajian berkenaan digunakan untuk menghasilkan produk yang lebih memuaskan (The Interactive Institute, 2008; Keyworth, 2008).

Bidang ini sedang berkembang maju. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama misalnya kejuruteraan kansei, kejuruteraan emosi, dan reka bentuk afektif ("Rujukan?").

No comments: